Followers

Sunday, October 28, 2012

Cerita Kolej 27: Final exam

Assalamualaikum w.b.t..

Saya Nurul Aiza Amira Binti Mohd Fadzli, bernombor ic 931226-06-**** ingin memaklumkan bahawa saya dan sahabat serta rakan seangkatan akan menghadapi peperiksaan akhir South Australian Matriculation yang akan bermula pada 29/10/2012 dan berakhir pada 9/11/2012.

Sehubungan perkara di atas, saya wakil rakan seangkatan ingin memohon berjuta kemaafan atas segala salah silap yang telah kami lakukan terhadap anda anda semua.. Mohon anda semua maafkan kami.. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan seangkatan, sama ada yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami untuk menghadapi peperiksaan ini.. Tutor, mentor, tok guru dan ape2 jek laa..

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang telah banyak berjasa dalam memberi sokongan dari segi moral, fizikal, kewangan dan segala galanya. Jasamu ibu dan abah tidak dapat kami balas.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian..

Juga kepada semua guru dan pensyarah kami yang banyak berjasa dalam mengajar kami erti kehidupan, tidak kira guru dari sekolah rendah mahupun sekarang.. 

Akhir kata, kami mengharapkan doa dari kalian agar dipermudahkan segala urusan kami sepanjang peperiksaan berlangsung.. Ameen~

~KeJaYaan YaNg CemERlAnG datAngNyA DaRi insaN biAsa yang BeRUsahA seCaRa LuAr BiAsa~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)