Followers

Wednesday, December 21, 2011

Cerita Kolej 5 : Bicara Hati~


dikala ku tersenyum,, ramai yg turut sama tersenyum...
biarpun mereka sebenarnye tidak mengetahui...
bahawa di DALAM HATI ini sedang berduka...

dikala ku ketawa,, mereka turut sama ketawa...
biarpun mereka tidak mengetahui...
apakah yg sedang bermain DALAM FIKIRAN ini...

dikala ku gelisah,, mereka bertanyakan...
apakah sebabnye kegelisahan itu melanda...
"it's okay..i'm fine"
jawapan yg mampu ku ungkapkan...

dikala kau melihat ak sedang tidur...
ketahuilah bahawa itu saatnya aku menahan kesakitan..
namun,, aku tidak mampu untuk mengadu..




Cerita Kolej 4 : Disebalik Kemarahan dan Menahan Marah ^^

السلام عليكم ورحمة الله

alhamdulillah,,sempat lagi kite bertemu di alam maya utk post kali ini. Mungkin jugak ni post terakhir aiza sebelum balik kolej. InsyaAllah,, kalau sempat utk update lagi,, aiza akan cube. Post kali ni,, aiza xnak cerita ape2,, cume nak bagi satu artikel yg mungkin akan membantu kite saat kite perlukan. Post kali ni tak bertujuan utk mengenakan sesiapa jauh sekali utk memerli , tp post ni hanyalah utk peringatan kepada diri sendiri dan juga semua mata yg membaca post ini. Kalau dulu,, time nak bagi tazkirah, ayat ni mesti keluar. "mulut yg bercakap lebih dkt dengan telinga yg mendengar" . tp,, nk gune ayat ni sekarang,, kurang sesuai sbb aiza bukannye sdg bercakap tp menulis. =) so,, bacalah post ni dgn tenang tanpa ade sebarang perasaan takut selain drpd takut kpd Yang Maha Esa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. ‘Untuk apakah paku2 ni ayah ?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku pada tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walaupun sekali. 

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya ia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangganya. 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘kamu telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan lubang2 di tembok batu tersebut. TEMBOK ITU TIDAK AKAN KEMBALI SEPERTI SEBELUMNYA. BILA KAMU MELAKUKAN SESUATU ATAU MENYATAKAN SESUATU KETIKA MARAH, IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN PARUT DAN LUKA, SAMA SEPERTI INI. KAMU BOLEH MENIKAM SESEORANG DENGAN PISAU DAN MEMBUNUHNYA. 

Tetapi ingatlah beberapa kali kamu memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Sahabat yang sejati akan membawa kamu ke arah kegembiraan dan kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.’ 

Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita… 

Aiza percaya,, mesti dah ramai dgr n baca pasal ni. tp, mungkin dlm bentuk or cerita yg lain. Tp, yg tu bukan persoalannya. mesej yg ada dlm kisah ni yg kita nak amik. Yup! aiza akui,, mmg susah utk memaafkan org. Cakap "im sorry",, "maafkan saya.saya janji xbuat dah" mmg sng. tp, org yg nak memaafkannye tu,, mesti susah. 

Aiza pernah alami satu situasi ni. aiza pernah mengusik sorg mmber kt skolah n lepas tu die marah sgt2. Bile aiza mintak maaf, die tetap xnak maafkan aiza. so, bile aiza ckp "Nabi pon maafkan umat die. sedangkan kite yg xde ape2 ni,, xkan xbole nk maafkan mmber langsung?" then,, die ckp cmni "memangla. tu Nabi. ak ni bukan Nabi." terpaku jugak la aiza time tu. tp, xdpt nak ckp ape2 sbb die mmg marah sgt2 time tu. Api ni,, kite jgn simbah ngan minyak. nanti lagi marak la kan. 

Bile pikir semula,, mmg la kite ni bukan Nabi. tapi,, sbg umat Nabi, kite mestilah nak ikut cara hidup baginda. cakap bukan main lagi,, nak jadi hamba yg taat pd perintahNya,, tp ajaran Nabi pon xbole nak ikot. Sedangkan Allah pon Maha Pengampun. Sape la kite yg kerdil ni nak jd lebih besar dr Allah. smpai xboley nak maafkan org lain. nauzubillah.

"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?" Jawab Rasulullah, "Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga". (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)

wallahua'lam...

Tuesday, December 13, 2011

Cerita Kolej 3 : Rindu kawan kawan

السلام عليكم ورحمة الله

tanggal 20 Disember 2010 adalah tarikh yg paling men'sayukan' aiza..tarikh yg sbenarnya ditunggu namun jauh di sudut hati,,sgt2 berdoa utk tiba dgn begitu lambatnye.. but why??? sbb,,20/12/2010 adalah hari terakhir aiza kat Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) . sedihnyer,,Tuhan jek la yg tau.. T_T 18/12/2010 , kitorg buat satu event but juz for budak2 kelas agama sbb budak kelas sains da balik time ni.. mule2 , semuanya berjalan lancar , tapi bile da start cikgu 2 balik , ade la kejadian yg berlaku. konflik besar tapi bile kenang 2 semule , mmg best! lawak pon ade =D
# nak upload gmbr tp ntah mane hilang gmbr tu

-------------------------------------------------------------------------------

start minggu exam SPM,, mmg syok lah! rse asrama tu mcm kitorg yg pnye!! macam2 peraturan dilanggarnye .. (aiza ni budak yg suke langgar peraturan) tiap2 pagi dpt makan telur separuh masak (kononnye laaa) tp disebabkan telur tu mmg tak termasak langsung,, otak aiza yg cerdik pandai sgt ni,, pegi la bwak toaster sandwich.. ingatkan nk buat sandwich,, rupe2nye kitorg gne toaster tu utk masak telur. muahahaha~ mmg bernas gler r idea tu..

sesi memasak

bahan2 yg dperlukan

hasilnyee =D


best tak?? best kan??? hehehe.. smpai ade satu ari tu,,, time kitorg tgah masak ,, bunyi siren kebakaran.. muahahaha~ punye la cuak time tu smpai pegi sorok toaster tu bawah katil.. dah la time tu budak2 sains tgah bermati matian jawab exam physics.. kitorg plak bleyh pegi buat siren kebakaran berbunyi (act,,bkn sbb kitorg pon siren tu berbunyi , tapi kami lah yg dpersalahkan oleh senior2 form 6 =.= ) #really 2 miss diz moment ='(

moment lain yg agak menarik bgy aiza ialah moment dpt FLYYY!!!!!! weheeeeeee~ mmg la bile org dgr fly ni,, "alah, fly jek pon. budak hostel mmg selalu buat lahh"    tp tidak bagi kami pelajar KISAS.. ( yekeee??? ) org lain xtau la, tp aiza, mmg xpernah laa fly.. ( boley caye ke )  hekhekhek... lepas solat aidil adha kt masjid diraja sultan sulaiman , kitorg xbalik terus.. tp, pegi merewang dulu. ade yg smpai pegi beraya kat rumah mak cik dobi..heuww  heuuww~ 

kanak kanak riang

muke muke bahagia dpt keluar

tp,, sepanjang minggu ( eh, silap,, bulan ) SPM dijalankan.. ade jugak la moment2 yg tak diingini berlaku.. kalau nak tau lebih lanjut,, bleyh la bace post yg dulu2.. cerita dolu dolu 

yg sememangnye aiza sgt2 rindu,,, mmg gler2 rindu lah yg ni!!! nak main NETBALL!!!!!! dan juga GAMELAN!!!! hukhuk.. kat kolej baru ni,, mmg xde langsung kesempatan nak buat aktiviti aktiviti tu semua TT_TT sdih sanngat!!! nak main netball.. bile nak ade game nih?? rindu nak buat show gamelan... T_T 

WD!!!!

muke frust

ni muke hepi dpt baju free..hahah

doa jgn di lupe :)

alhamdulillah..gangsa menjadi sandaran kami

walaupun hanya gangsa,, tapi kami da berjaya mengharumkan nama sekolah sbb sebelum ni mmg susah la KISAS nak mng netball.. alhamdulillah kami berjaya =D

time latihan kt picc

lepas abes show @picc

bersama team gamelan gen 55

ni la antara kenangan2 aiza buat show gamelan kt picc.. miss sgt saat saat ni ='(  bile ntah lagi berpeluang nk buat show gamelan.. hukhuk  #tacink jap

hurrmm~ so kesimpulan yg bley dibuat,, i really really miss those moments with them!!!! rse mcm nk undur balik jek mase!!! huhu~ mlm ni setakat ni jek la post yg dpt ditulis..akan mnyusul lagi post tentang kenanganku bersama mereka.. T_T





Thursday, December 8, 2011

Cerita Kolej 2 : Result!!!!

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi,dgn limpah dan kurnianya, dpt lagi kita brjumpa utk post kali ini. Syukur dipanjatkan kerana Allah masih lagi mmberi kita peluang utk terus menghirup udara dan bernafas pada saat dan ketika ini. Mungkin 2 saat lagi Allah boleh menarik nyawa kita dgn sekelip mata sahaja. 'Kun fayakun'. 

So, utk post kali ni, aiza da tukar tajuk la..tajuk baru kali ni,,CERITA KOLEJ..so,selagi post yg di update lpas ni akan bermula dgn cerita kolej..cuma ade part2 nye la kan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alkisahnya,,utk post kali ni,,aiza nk cter pasal ehemmm ehemmm...#result???? *uhhuukk uhhukkk.. sobss sobbssss.... (air idung mengalir) euuuwwww~ ahaahaha... *mcm2la plak...ade ape dgn result????huwwaaaaaaaa~!!! *ok fine!!xnk cter sudah!!! ==' *monolog dalaman

huwee huwee hueww hueeww~ apekah???hahahaha dah dah...kite straight to da point jek la ek..mid sem 1 + final sem 1,,2 2 aiza xlepas target...hukhuk..love letter mmg akan smpai la naik cuti ni..ohhh,btw lpe plak nk bgtau..aiza udah cuti sem skang ni..*bru nk cuti.org lain da start sem 2 da pon..

urm,,sume ni ujian dr Allah..aiza percaya pada qada' dan qadar..aiza mmg mengaku yg aiza kurang study..tp ini yg Allah bagi kt aiza.so,aiza bersyukur sgt2.skurang2nya,Allah da sedarkan aiza utk terus berusaha dgn lebih gigih lepas ni. "Allah tak kan menguji hambaNya kalau Dia tahu hambaNya itu xmampu". mungkin kalau aiza lepas,aiza akan lupe kat Allah dan rase bangga membuak dlm diri.

urm,,result IELTS pon aiza xlepas.agak terkilan sbb juz 0.5 jek lagi nk cpai target.='( tp,alhamdulillah,aiza sedar yg aiza antara insan2 yg trpilih utk diuji oleh Allah.Dia bukan nak hambaNya berhenti namun lebih berusaha utk berjaya.InsyaAllah,tahun dpan,aiza akan cube lagi walaupon terpaksa menghabiskan rm 600 utk exam IELTS..*at least xde la duit tu melayang kt bende2 yg xberfaedah kan??hehe* sahabat2,,mintak tolong doakan aiza utk tabah dlm meneruskan perjuangan di medan peperiksaan.^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UJIAN UTK NEXT YEAR!!!

PHYSICS,BIOLOGY,CHEMISTRY,MATHEMATICAL STUDIES and ESL..3 subjek yg langsung xpernah terpikir akan jadi subjek yg bakal ku hadapi pd tahun depan..'pembenci sains' yg bakal ambik bachelor of science..fikir sekali mmg xmasuk akal..tp,bile pikir2 balik,,ni la namenye ketentuan Ilahi.. "Boleh jadi kamu mmbenci sesuatu padahal ianya baik untukmu dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu tetapi ianya tidak baik untukmu.Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..hadapi jek la dgn tenang aiza..insyaAllah,ade hikmah di sebalik semua ni..

dgn bantuan Allah,,dan doa drpd ibu n abah aiza,,sokongan dr sahabat2 aiza,,insyaAllah aiza percaya aiza boleh hadapi sume ni..Allah xtengok hasil tp Allah tengok usaha kita..sbb hasil tu nnty Allah yg akan bagi..sehebat mana pon kite,,kalau Allah xnak bagi,,xkan dpt jugak.

~InGAtlAh,,duGaaN dAN muSibAh Itu aDaLAh UJiaN drPd Allah,,NaMun JaNgAN kitA lUpA BaHaWA  NIkMAt iTu JUgA AdALaH ujIAn..SAmA Ada KIta Tahu BerSyuKUr DGn NIKMAT yg kItA DapAt AtAu TiDaK~

Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Qurban ^_^

assalamualaikum w.b.t..
sempena Hari Raya Qurban yg bakal mnjelma xlme lgy ni,,aiza nk selitkan satu artikel yg di copy paste dr iluvislam =) jempot la bace ^^

Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati".
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu. Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.
Ibadah korban memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah SWT setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan, menjauhkan diri daripada Allah serta mengerjakan larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhan) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Menurut Imam As-Syafiie, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah.
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ‌ۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِ‌ۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡىُ مَحِلَّهُ ۥ‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦۤ أَذً۬ى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٌ۬ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٍ۬‌ۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِ‌ۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَـٰثَةِ أَيَّامٍ۬ فِى ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡ‌ۗ تِلۡكَ عَشَرَةٌ۬ كَامِلَةٌ۬‌ۗ ذَٲلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُ ۥ حَاضِرِى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Surah Al-Baqrah 2: Ayat 196)

Tuesday, October 25, 2011

sje suke2~

post kali ni xnk formal sgt.sbb post kali ni suke suki pnye post.hahahah.nk tau pasal pe?post kali ni pasal sorg budaak yg nme die _ _ _   ..sori,,cannot mention name here.dak ni sgt lah psycho!suke wt ak tension bile chat ngan die.tp last2 ak yg mng!!hahahahaha.padan muke!even die tue setahun dr ak tp perangai die mcm mude 10 tahun dr ak.hahahah..oke!stakat ni je!k bye!=.=


~mood : sewel sebentar~

Friday, September 30, 2011

StArt AGaiN

السلام عليكم ورحمة الله

uhhukk..uhhuukk..mak aih!byknye la habuk kt cni.air pollution!!!help!!!!im going to di.... *oke,merepek*
fuhhh~lame nye la xupdate blog nih..smpai da trlupe yg ak ade blog..hadoih~errrr,,nk ckp pasal ape ek??ANGRY BIRD!!!!!no laaa...MOVIES!!!!what???!!!!ENJOY!!!!what are u talking about,aiza?=.= COLLEGE!!!!STUDY!!!!EXAM!!!!!erk??exam???not yet laa..*k,merepek lgy*
so,for this post,im gonna to write about my study.yeah!my current job as a student.*pheewwww~*
(bosan laa.da la lme xupdate,,bile update ckp sal study lak -.-) *biar la!who cares?* *k,STOP merepek!!*

fuyyyoooo!!!!! ~

TAYLOR'S COLLEGE SUBANG JAYA or known as TCSJ is located at SS15 Subang Jaya.behind INTI College.blaa...blaa...blaaa...errr,,apsal ngan taylor's college ni??pheewww~actually,im studying here.*wohhaaaa~*what wohaaa???someone said "hebak r mu.ngaji taylor tuuuu.."erk???im not studying taylor oke!im studyig at taylor..haha.*oke!kidding*
alrite,,back to our topic,,aiza actually skang ni tgah menyambung pengajian aiza di peringkat asasi,or also known as foundation.(wahh2~omputih gitu!) bak kate usop wilcha "tu la pentingnye english education" weehhheeeee~"urm,bkn ke taylor's college tu swasta?" yupp!!!exactly!!mmg swasta pon..I kan byk duit,,so ape I nak kesah.xmain la ipta ni.I main ipts jek.hahahaha.*oke.kidding lgy!* mne ade laa..mmg la taylor's ni swasta but im actually a sponsored student.so,no need to worries about the payment or the fees or whatever it is.what i've to worry now is all about study and exam and result n so on.."abeh tu,,hang pi blajaq ni hang xbayaq apa2 ka??" errrrr,,serba salah plak nk jwb soalan ni..mmg la xbayaq apa2 tp dlm mase yg same,kami mesti mencapai piawaian yg diberikan oleh sponsor unit kami.in case kami gagal,kami terpakse mmbayar semula ganti rugi.urm,,mintak2 la lulus.amiinn...

SPONSOR STUDENT
oke,,rmai yg xbape nk paham pasal ni.yg da paham tu,xpayah la bace.tp kalo nk bace jugak,silakan lah..hehehe..oke! "u said that u're the sponsored student.so,under which sponsor are u?" dsebabkan aiza akan menjadi seorang GURU,so of course la aiza under Ministry of Edication (MOE). *cikgu ape???* errrrr,,cikgu SPECIAL EDUCATION.hohohohoh~ "errr,,ak xpaham.nnty kau ajar ape?psychology ke?" *byk lak soklan dak ni.* hahaha.ade ke ajar psychology..xmsuk di akal lngsung..mne ade subjek psychology time sekolah menengah.merapu la kau ni.hehe.nnty aiza akan ajar dak2 OKU..=) "wahhh~mulianya hati kau"  heeeeeee~*riak kejap* #astagfirulahhalazim...
oke!abes pasal topik ni.next!!

OVERSEA!!!!
"so,,are u going to pursue ur degree,oversea?" urm,insyaAllah..kalau ade rezeki,yup!i'll going to take my degree oversea =) "which country?" urm,maybe Australia or New Zealand.do pray for me and my friends k!=D  heeeeee~ 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

oke la..xbyk pon nk ckp arini.urm,,byk sbenarnye tp xingat da..*mcm keling la kejap byk kejap ckit -.-* so,,doakan la aiza n kwn2 yg lain berjaya.doakan jugak kejayaan kite bersama.Fastaqim kama umirta =)
sesape yg rse rindu kt aiza tu *ecececcehh* saba yeee..aiza xkan lupekan u ollls..*errrr,,gediks gler!!!* oke la,,jumpe lgy di lain post =) assalamualaikum..





Wednesday, July 6, 2011

Lap Habuk..fuhh!!

assalamualaikum warahmatullah...

fuhh!berkurun da rsenye aiza xupdate blog ni..hurm~ade je yg tnye knp xupdate blog ni..adeyh~sbnarnya,,aiza bkn xnk update..tp aiza agak busy kbelakangan ni..n sepanjang bberapa bulan ni,,macam2 peristiwa suka duka da berlaku..

first thing,,aiza nk cter..mesti rmai yg xtau ape la yg aiza buat smpai busy sgt tu..actually,,aiza pergi kerja..bkn kerja yg same cam dlu..kali ni aiza kerja kt pasaraya..so,,start kerja pkul 9.45 pagi n habis kul 10 mlm..so,,blik2 keje da letih..terus la tido..xde mase nk update blog ni..aiza sempat kerja sebulan seminggu jek kt ctu..sbb xlame lgy aiza kne sambung belaja plak..sob3..sedih gak meninggalkan kwan2 kt tmpat keje tu..even umah aiza ngan pasaraya tu dkat jek,,tp rse cam jauh sgt..xsame da rse time keje ngan time da berenti ni..hurm~

aiza berhenti keje 28 jun..esoknye aiza blik perak sbb nk jage atuk aiza (da kembali ke rahmatullah) yg sakit kt hospital ipoh..ptg rabu kitorg brtolak n smpai dlm pkul 9.30 mlm..esok paginye aiza amik alih giliran jge arwah embah (panggilan atuk)..smpai maghrib..then,,kitorang pergi mkan mlm..malam tu abah aiza yg jage embah..aiza balik umah pak cik aiza kt jelapang..esok paginye,,(jumaat,1 julai) aiza amik alih semule giliran aiza.jge embah macam bese..

kebetulan,,aritu aiza kurang sihat..2-3 kali aiza muntah pagi tu..rse mcm da dehydrate..tp,,aiza kuatkan jgak badan aiza pergi kafe utk beli mkanan..tgahari tu,,arwah nmpk mcm keletihan..nafas arwah pon trcungap2..tp,,aiza xsyak ape2 sbb makcik aiza pernah ckp yg kadang2 arwah mmg mcm tu..so,,aiza juz lap2 peluh kt muka arwah..ptg tu plak,,makcik n pak cik aiza dtg..mule2 mcm bese jek..xde ape2 yg jdi..start pkul 6.30 ptg,,arwah mule nmpk kritikal..bacaan dgupan jantung arwah naik tibe2..oksigen arwah plak makin kurang..

smpaikan pernah satu or 2saat bacaan jntung n oksigen arwah jd kosong..aiza n mak cik aiza cube ajar arwah mengucap..ibu n abah pon da smpai kt hospital time tu..kitorg bergilir2 ajar arwah mengucap..time maghrib,,arwah da start stabil semula..mak cik aiza pon balik sbb xbley tggu rmai2 kt hospital..doktor ckp,,"be with him..dont leave him alone..96% he only have about a few hours.."aiza n ibu rse kaki arwah..panas lagi..so,,kitorang pon xpk yg akan jdi ape2 mlam tu..ibu ajak aiza balik dlm kul 10mlm..sbb die kesian kt aiza..dr pagi td tggu..so,,kitorng pon blik la mlm tu..

dlm kul 11lbeyh,,ibu dpt call..embah dah xde..terkilannye rse..kalau la aiza tggu juz a few hours lgy..mesti aiza bleyh ade kt sisi arwah saat2 last die..tp,,aiza redha..kehendak Allah..aiza rse syukur sgt2..nasib baik abah trgerak hati nk blik ari rabu.so,,aiza sempat jge arwah 2 hari..walaupon aiza sbenarnye nk stay kt ctu seminggu utk jge arwah..tp,,juz 2 hari jek yg sempat..

alhamdulillah,,semua urusan berjalan lancar..aiza drive dr ipoh ke kampar pkul 3pagi..mengantuk gler!tp berusaha gak bkak mata..smpai kt kampar dlm kul 4 lbeyh..alhamdulillah..

~SEtiAp yAng BerNYawa PasTI aKaN MerASaI KeMaTiAn~

Tuesday, May 10, 2011

~SWeeT>EnjOYaBLe>bESt!!!!~

السلام عليكم ورحمة الله

fuhh!!!kenangan yg xakan dlupekan bersama sahabat2..=) 
7 may 2011,,MAK KISAS...n aiza salah seorg penerima anugerah pelajar cemerlang..got RM50..agak lumayan lar tu kan??xkesah lar dpt berape pon..lg bermakna sbb dpt jumpe kwn2 n cikgu2..




then,,kitorg pergi ke rumah MIJ..mkn baked makaroni..sob3..xley nk mkan byk2..gigi xde..huuaaaaaa =(
trlepas la makaroni sedap..nasi ayam pon ade gak..teringin sgt2..tp,,xsentuh pon..terpaksa tutup mata..huhu..



lepas tu,,g umah NORA..stay jap kt situ..online..tido..zzzzzzzzzz
malam tu,,mmg the best moment la!!!!girls night out!!!!
gara2 FARAH RAZAK yg xtau sesuatu,,kami pon redah ke sunway pyramid!!!!haha
jmpe ABG KENNY yg lawak!!!hehe





kt sini pon seksa gak nk cri makanan..trpakse la order spagetti sbb yg tu je yg agak sng nk mkan..
tp harge die,,perghh!!!xyah sebut la kan..hehe

then,,esok pagi plak,,xsempat nk ikot diorg pegi OU..xpela..len kali jek la ek..huhuhu
so,,pegi la kl sentral ngan dak2 lain..tetibe diorg kate nk pegi mid valley plak..urm,alang2 tu ikot jek la diorg kan..


lpas tu,,balik la ke phg kan..
letih,,penat,,tp really2 enjoyable!!!!!

Friday, May 6, 2011

~tRAgEDi mEi~

السلام عليكم ورحمة الله

TRAGEDI Mei???

...................................................................................................................................
5 MEI 2011
KHAMIS
around 1.00 p.m.

tarikh n peristiwa yg xakan ku lupakan selama2nya..(maybe)..kejadian yg hampir meragut nyawa (heh,,tragis gler)..xdela smpai hampir meragut nyawa pon..tp,,ape2 pin bley jd en..n syukurlah sbb aiza masih dberi kesempatan utk bernafas di muka bumi Allah ni..

so,,cter die brmula la dsebuah rumah mmber aiza ni..

member : urm,,jom la balik..da pukul bape ni..
aiza : urm,,oke gak tu.ak pon xmasak nasi lagy ni kt umah..
member : aiza,,ko nak naik ngan sape??ke ko nak suruh ira hantar jek??
aiza : urm,,xpela..ak naik ngan si polan jek la..(nama dirahsiakan)
member : urm,,oke

alkisah bermulalah perjalanan kami yg xde la jauh mane sgt pon..kitorg konvoi 2 moto.."haish~ak ni da la xpkai helmet..urm,,xpela..macam xbese plak.."(aiza juz brkata2 dlm ati jek)..so,,si polan ni td bwak la moto dgn kelajuan yg agak laju gak la..tetibe smpai kt selekoh ni,,"macam nak kene jek ni"(dlm ati aiza jek la)..then...

****************************************************************
aiza sndiri xingat ape yg da jd..sedar2 jek,,aiza nmpk si polan ni td da kt dlm longkang da smbil pegang tgn die..so,,aiza pon jalan la dgn kepala yg tramatlah sakit pegi tgok keadaan si polan ni..sambil2 tu aiza trcari2 la spek mata aiza yg dah entah ke mana melayang..bberapa saat lepas tu,,baru la moto mmber aiza yg sorg ni smpai..bile tgok kitorg excden tepi jalan tu,,diorg pon berenti la..aiza pon biarkan la mmber aiza yg lain tu tgok si polan ni n aiza terus la cari spek aiza..seriously dlm kepala ni juz pk sal spek tu jek..cmne la kalo spek tu patah or pecah ke..mesti ibu marah sbb spek tu agak baru la jugak..baru awal tahun ni buat..

yg member aiza ni pon tnye la cmne aiza..time tu sakitnye xyah ckp la..tp dsebabkan xnk g klinik pnye pasal,,aiza pon jwb la okey jek..xde pape pon..padahal baju da koyak rabak da ni..so,,kitorg pon tahan la kete yg kbetulan lalu kt ctu..tgok si polan ni td cm da parah sgt jek,,xley nak bangun..member aiza pon follow la g klinik..tp,,aiza xnak jugak g klinik so aiza suh mmber aiza yg sorg lgy ni anta aiza balik umah..

smpai jek kt umah,,aiza terus call ibu bgtau yg aiza accident..pastu cm bese la kan,,ibu pon tnye la..oke ke tak..aiza pon jwb la xteruk sgt..ibu tanye nak g klinik or tak.aiza jwb,,xyah la..sikit jek ni..lepas call ibu tu baru la aiza belek2 luka aiza..teruk gak rupenye..tangan kanan abes calar balar..jari manis tgn kiri plak mmg bengkak gler..dagu aiza plak pecah..pastu ade la luke sikit kt kaki..

bile ibu aiza balik,,aiza tunjuk la luke tu..then,,ibu suh g klinik..aiza ckp xnak..pastu ibu ckp,,xpela..ibu beli ubat jek kt farmasi nnty..fuhhhh..lega xyah g klinik..mulut ni rse cm da byk jek kot telan pasir..tetibe aiza terperasan something..apsal rse cam lain jek gigi ni..bile tgok kt cermin...perrggghhh!!!2 batang gigi aiza patah..ni kalah mat rempit ni..sib baik gigi belakang..kalo gigi dpn,,mmg malu tahap gaban r..huhuhu

time nak tido mmg xyah ckp la..susah gler kot..sakit satu badan rase..bagon pagi td (6 mei) rase bahu plak sakit..sekali tgok,,baru perasan bahu aiza da lebam..hadoih~bape byk tmpat la aiza luke..lepas satu,,,satu..

urm,,so pengajaran kt cni,,berhati2 la dlm setiap perkara yg anda lakukan..act,,arini first time aiza keluar g umah mmber aiza xbgtau ibu dulu..kalo sebelom2 ni,,mmg aiza akan bgtau ibu dulu sebelom keluar..hurm~pengajaran berguna la buat aiza..

k lar,,smpai sini jek la cerite malang aiza..moge2 kesakitan yg aiza tanggung ni semuanya kifarah bagy dosa2 aiza yg lepas..doakan aiza cepat sembuh..assalamualaikum =)



Wednesday, May 4, 2011

MoTiF??!!

السلام عليكم ورحمة الله

tanggal 04 MEI 2011 genaplah usia lesen P ku dua bulan..haha..motif???sesaje jek..sbb bosan sgt n tetibe rse nk update blog ni..so,,juz go on jek la coz tetibe jek trnmpak lesen kt ats meja td..

harap maaf..kesilapan teknikal d bhgian muka haha


haaa..tu lah die lesen yg dah berusia dua bulan..perghh!!nk tggu dua tahun lgy,,lame gak tu..xsabar nk convert lesen tu..=) even baru dua bulan,,da merata gak r aiza bwak..antara destinasi yg pernah di tuju:

Perak (blik kg)
kg sri makmur
kuantan
maran-jerantut
kg bunut
kuala sentul (jln yg agak mncabar)
jalan Genting-batang kali (mmg mencabar)

tu lah antarenye..jln kg pernah..jalan bandar pon da selalu..highway pon pernah..tp,,still xyakin lagi la kalo bwak jauh2 sorg2..mesti ade teman la..n bakal menyusul insyaAllah ke Klang..weeeee~n dlm 2 bulan tu..antara jenis kereta yg pernah dipandu ialah:

PERODUA KANCIL (manual) (ofkoz la kan)
HONDA CIVIC (auto)
HONDA CRV (auto)
PERODUA RUSA (manual)

haaaa..setakat tu yg ni je lah..xtau la yg bakal menyusul nnty kan..heeee~urm,,k lar..setakat ni je lah yep..ngantuk dah ni..assalamualaikum..

~JuZ GiVe a tRY On A New ThINg N u wIll KnoW HoW Is iT~

Thursday, April 28, 2011

20 soalan n jawapan tntang KISAS =)

السلام عليكم ورحمة الله

heh,,nk kne jwb ke 20 soalan ni??haha..jwb jek lar ek..=)

1) give 5 simple words bout kisas…

tenang,,surau yg best,,stress,,urm..no idea la..hehe..

2) korg rse korg meletop kt skul

meletup???kalo ak marah,,meletup la kot..HAHA

3) pe perasaan mse ari pendaftaran. spe org 1st korg tego..korg redha dgn warna file yg diberi?

perasaan time daftar sedih gak sbb trpkse brpisah ngan ex-boyefrenz..haha (open gler)..org first yg dtegur n menegur adalah HANIS ALIAA..(thanks frenz =))..xde perasaan pon sbb xtau ape mksod file tu tp sbnarnye nk wrne biru sbb suke wrne biru..=)

4) pe yg korg bangga kt skul?

 bangge tarbiyah islamiah yg ade kt skul coz xdpt kt skola lame..=(

5) tempat paling korg suke kt skul…

tempaat paling dsukai ialah BILIK KAUNSELING..dctu la brmule mcm2 perkara..=)

6) wat is ur nickname in skul..

nickname kt skul???CHE SUE..hehe

7) brape kali korg attend gotong- royong? .. pernah escape prep?bpe kali?kat mana n buat apa..??

byk kali gak la attend gotong royong..xingat la..escape prep??pernah rsenye..duk dlm dorm n blik study..tp,,study gak la..hehe

8) bile 1st time korg break da rules? N how bout da last time?

frst time break rule time form 4 laa..mmg xsuke pegi prjumpaan unit uniform..(silat)..last time is mse SPM..bwak TOASTER..haha

9) brape kali korg singgah kantin sehari…

urm,,xmenentu..kdg2 xsinggah lngsung..sbb pokai..HAHA

10) sume org de kng manis.. so korgnye kngn pahit?

knangan pahit??time form 4 sbb kne tuduh mcm2..spe yg tau tu..tau la ek..ngeeeee~

11) andai korg dtaklifkn sbgai KU or TKU… bygkn… n cerita pe yg bkal terjadi..

erk???!!!xlayak kot..n xpernah mimpi langsung..so,,xde la bayangan ape2..hhehe

12) igt lagi msjid sultan sulaiman… pe korg wat kt sne?

opkoz la ingat..first time pergi ngan fmily sbb nk solat la en..then,,smbut hari raya korban kt sne..urm,,bukak pose ngan sultan.n byk lgy la..

13) pe yg terjadi kt dwn kuliah?

soalan jenis apekah ini??haha..opkoz la kuliah Jumaat tiap2 mnggu,,belajar..n ade la insiden2 yg agak menakutkan..

14) korg ttbe kena jd pres badar or hawa? Amcm… layakkh anda? Pe yg bakal berlaku…

haha..lagi sekali..mmg xlayak..n rsenye akan tolak kot jwatan tu.. :D

15) brape kli korg outing dlm sebulan…dgn spe.. or solo? Tmpat pling jauh korg prnh g?

urm,,ni pon xtentu gak..tgok duit dlm poket la..kalo ade,,pegi la..kalo xde,,duk hostel jek la..paling jauh penah g JUSCO BUKIT TINGGI..haha

16) soalan plg simple…. Pernah fly?

opkoz la saya penah!!HAHA..(bangge plak daa..xsenonoh btol)

17) pebenda yg korg harap akn jadi.. tp ianya tak tercapai akal.. n confirm xkn jdnye!

kelas n dorm ade aircond..HAHA..

18)kalau diberi peluang balik mse form4/form5 apa yg korang nak buat..??

entah la..cm xde ape2 jek..hehe

19)kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??

urm,,mybe xdpt kot stret A nih..ntah la..

20)soalan last:decribe in one word tentang KISAS{sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..

sebelom : excited!!!
semasa : stress!!!
selepas : rinduuuu!!!!=(

haha..ni jek la kot..apsal korg xbuat soalan ape perkara paling best korg pernah buat kt KISAS or perkara jenayah yg korg pernah buat..kan best ckit..HAHAHA..

then,,i'll tag HANIFATIN

Tuesday, April 26, 2011

~PeNgaLaMaN MeMatAngKaN kiTa~

السلام عليكم ورحمة الله

alhamdulillah..hari ni aiza da lepas kedua dua interview aiza..KPLSPM n MARA..so,,skang ni aiza juz nk cter pengalaman aiza time temuduge tu jek..=)

.........................................................................................................................................................

Temuduga MARA
25 APRIL 2011
ISLAMIC BANKING COURSE

aiza bertolak dr umah pkul 6.30 pagi..haha..awal kan???semangat punye pasal..sbenanrnye juz nk elakkan traffic jam jek..so,,kitorg pon brtolak la awal..aiza g ngan abah aiza jek..dlm kete tu mmg xrase cuak lngsung..so,,kitorg smpai dlm pkul 7.50 pagi..dsebabkan kitorg xsarapan lagi,,so kitorg pon pegi la sarapan dlu kt kafe yg ade..lepas srapan,,aiza pon naik la ke tempat yg sepatutnya..smpai2 jek,,juz aiza n abah aiza jek yg ade kt ctu..mmg smangat btol la..the first one who arrived there!!!=)

jmpe ngan urusetia kt ctu..diorg pon tgah set up meja lagi time tu..abah pon borak2 la ngan org tu..aiza da mule rse ade butterfly jek dlm perut ni..hehe..sabar jek la menanti yg lain..aiza dpt tag no 1 sbb dtg pling awal..=.=...bberapa minit kemudian,,muncul la seorg demi seorg calon2 yg nk dtemuduga..on,,two,,three,,four,,five,,six,,n seven..but,,it must be eight..where's the other one??then,,tetibe kami dpt arahan

"oke,,dik..korg boley tinggalkan semua brg2 korg kt luar..make sure korg masuk sehelai sepinggang jek.."
"oke..boley masuk sekarang"

then...

"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam.."
"how's your feeling today?"
"feel good..and a bit nervous :)"
"okay guys..i'll give you a task n u have to listen carefully..i'll not repeat myself,,okay?"
"okay"
"u have given one kilo of spaghetti,,bla..bla..bla...n now,,i want all of you make a bridge using all the materials given.make sure the bridge is strong enough so that i can put a 500 gram can...you are not allow to ask any question to all the panels here..you have to communicate among all of you to finish this task..any question??
"no sir"
"okay..you can start now..only 30 minutes are given..if you want to speak,,please speak loudly and clearly so that we can hear you.."
"15 minutes left..."
"5 minutes left.."
"1 minutes left.."
"okay..time's up..stand behind the table please..now,,i want to check either your bridge is strong enough and i will put this can for one minute.."

one minutes go...

"well done!!!your bridge is strong..."
"yeay!!(clapping hands)
"okay,,now all of you can go out from this room except for the person who wear the number 1 tag"
"erk??it's me!!!"
"okay..so,,do you think your group is an effective group??explain your answer.."
"yes!n bla...bla..bla...that's all"
"okay..you may leave now..call the second applicant to come in"
"okay..thank you"

then,,balik dgn sng hati..=)

......................................................................................................................................................

Temuduga KPLSPM
26 APRIL 2011
PENDIDIKAN KHAS (SEKOLAH MENENGAH)

mule2 smpai da dpt msalah..sbb aiza sbnarnye temuduga smalam (25/4/11)..tp dsebabkan tarikh yg sama ngan MARA,,so trpakse la tunda..urm,,lepas selesai semua urusan,,aiza pon pegi la bilik E..ade 2 budak lelaki..alamak!!!xkan ak jek perempuan..hurm =.=..then..dtg la sorg lagi dak pompuan..

"sesi pukul 8 kan??"
"a'ah..awak pon pkul 8 ke??"
"a'ah..same la.."
"thank God"(dlm ati jek la)

susun semula sijil2 tu..lepas tu tnggu la utk ujian INSAK..smbil tu sempat la borak2..brkenalan..then..

"ok..kamu semua boleh masuk"
"urm,,awak masuk la dulu..hehe"
"oke"
dlm blik tu...
"oke..boleh amik tempat masing2..duduk jek la kt mane2 asalkan yg ade kertas soalan.."
"oke..korg sume akan jwb soalan2 dlm ni..mase yg dberi hanya 30 minit utk 135 soalan..oke..boley mule skarang"

30 minit berlalu...

"oke..masa da tamat..saya akan kutip sekarang"

time interview dlm kumpulan,,kitorg dpt soalan pasal PENGGUNAAN ICT..so,time tu perah la idea masing2...semua brcakap la yg pastinye..tp,,rse cm kekok sikit sbb sume formal n serius jek..aiza pon tunjukkn la keyakinan aiza sndiri..

time interview individu plak...

"oke nurul,,terangkan latar belakang family awak"
"semalam awak xdtg,,awak g mane??"  "saya ade interview MARA"
"ouh..awak amik course ape??"       "islamic banking,,encik"
"so,,keutamaan awak kt mane??  "saya lebeyh utamakan maktab sbb saya lebih berminat utk mnjadi guru"
"oke..so,,awak amik pndidikan khas..knp??sedangkan kalo ikut result awak yg baik ni awak bleyh mintak course yg lgy baik.."            "kalo bkn saya yg nk bntu golongan OKU spe lgy encik..lgipon saya ade pengalaman saya sendiri sbb mak cik saya ade yg pekak dan bisu"
"ouh..so,,ape yg awak tau rancangan KPM utk pndidikan khas ni??"              "saya cuma tau dlm sub-NKRA KPM slah satunye adalah memperkasakan penddikan vokasional dan kemahiran"
"urm,,NKRA tu awak tau ape??"     "urm,,maafkan saya encik..saya xberapa tau la.."
"kalau saya ckp NKRA tu ______________ boley tak???"(xbley bgtau la kt cni..kalo nk tau ape,,tnye aiza sndiri eh.hehe)
 hahahaha..sume gelak jek time tu..
"oke..lepas ni awak kene amik tau ea.."
"urm,,awak kata awk nak melahirkan modal insan kelas pertama..cube terangkan ckit.."         "bla...bla...bla..."
"oke..skrang cube terangkan tntg aktiviti pelancongan kt negeri phg ni..dlm ENGLISH"
"dlm english???"
"ya..dlm english.."                  "erk,,bla...bla...bla..."(mmg tergagap la aiza)
"oke..ape harapan awak??"                "bla...bla...bla..."
"oke..awak boley balik skang..kim salam kt abah eh..."      "hehehhe..oke"

pulang ke rumah dgn hati yg sgt lega...^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)