Followers

Thursday, June 14, 2012

Cerita Kolej 19 : Berubah dan bertaubat lah sebelum terlambat :)

بسم اللة الرحمن الرحيم

alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, aku masih lagi mampu untuk menaip pada detik dan saat ni. dan yang paling penting, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku peluang untuk menikmati dan menghirup udara pada hari ini walaupun sebenarnye aku tak layak untuk nikmat ni apabila mengenangkan dosa2 yang telah banyak aku lakukan. Astagfirullahhalazim..

alhamdulillah, arini aku rasa lebih sihat. terima kasih ya Allah atas nikmat yang selalu kami lupakan, nikmat kesihatan. tadi, aku sempat bace blog seorang sahabat. tersentuh hati ni bile baca blog beliau. hampir kesemua entri beliau berkisar tentang kehidupan islam. beliau hanya insan biasa seperti aku. rase malu menerpa bile membaca entri yang terkena pada batang hidung sendiri. persoalan " bila aku nak berubah " datang kembali dalam fikiran. :( ya Allah, kuatkan lah hambaMu ini untuk berubah ke arah kebaikan.. hanya dengan bantuan dan pertolonganMu, aku mampu untuk berubah. bile mengenangkan kembali dosa dosa yang dah aku lakukan, rase macam api neraka tu dekat sangat ngan diri ni. ampunkan lah hambaMu yang lemah ini, ya Allah. 

" bile kau nak berubah ni? aku tengok kau ni makin lama makin parah ni "  
" alaaa, nanti nanti laa. tak sampai hidayah lagi, nak buat mcm mane "

pernah dengar perbualan macam ni ? walaupun bukan kita yang ucapkan ia, tapi saya pasti, perbualan ni dah familiar sekarang. nak tunggu hidayah sampai baru nak berubah? tapi kalau mati sampai dulu sebelum hidayah, macam mane? boleh ke nak berubah lepas dah mati? boleh ke nak solat dalam kubur? boleh ke nak suruh malaikat munkar nakir hamparkan sejadah untuk kita sujud bertaubat dalam kubur tu. sebelum tu, boleh ke nak cakap " kejap! bagi aku bertaubat dulu sebelum kau cabut nyawa aku " kat malaikat izrail? semua jawapan tu ada dalam hati kita semua. hanya tinggal untuk kite sedar atau tak je. 

Hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara. daripada mimpi, musibah, nikmat dan macam macam lagi. dan hidayah jugak datang tak semestinya kepada orang islam, tapi kat sesiapa sahaja yang bergelar manusia. penjenayah, pemain bola, penyanyi, drummer, musician, politician... hidayah tu hak milik Allah. Dia berhak untuk bagi kat sesiapa sahaja yang Dia nak. kita takde hak nak halang atau nak paksa Allah bagi hidayah kat kita, tapi kita hendaklah sentiasa memohon dan berdoa supaya diberikan hidayah dan dapat berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. 

nak berubah bukan setakat cakap " okay, hari ni aku berazam nak berubah menjadi seorang insan yang lebih baik " tapi duduk tanpa berbuat apa2. nak berubah ni memerlukan azam, usaha dan semangat yang tinggi. bukan la setakat duduk dan tunggu perubahan tu berlaku sendiri. kita yang kene berusaha sendiri untuk buang semua sifat jahiliyah kita. cari punca kenapa kita rasa kita bukan lah hamba yang baik, yang taat. kenalpasti tabiat2 kita yang buruk, yang kita nak ubah tu. 

"... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri..." 13:11

Pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka. tiada istilah terlambat selagi belum sampai ajal kita. Allah Maha Pengampun. mohon lah daripadaNya. in shaa Allah, Allah pasti terima taubat hambaNya. belum terlambat untuk kita berubah. mungkin sebagai seorang remaja, masalah paling besar adalah menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. dan saya mengaku, itulah kelemahan saya. membesar bersama seorang abang dan seorang adik lelaki membuatkan saya lebih cenderung untuk berkawan dengan lelaki, daripada kecil hingga sekarang. tapi saya percaya, tiada apa yang mustahil. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengurangkan diri saya daripada berinteraksi dengan kaum lelaki jika tiada urusan kerja. semoga dengan usaha ini dapat mendekatkan lagi diri saya kepada Yang Maha Esa. amiin :)



6 comments:

ikhlasdarisahabat said...

hidayah itu perlu dicari, bukan hanya menanti ia datang sendiri.
kadang2 kita tak sedar hidayah itu telah datang pada kita, cuma kita yang membiarkan ia pergi.
bila hati dah terbuka, tanda kita menyedarinya, capailah ia, istiqamah padanya, tingkatkan tahapnya. Insya Allah...doakan bersama :)

fAdZ JunIOr said...

yup :) hidayah perlu dicari. in shaa Allah, sama2 kita doa. amiin :)

nur hidayah said...

ni hidayah datang. hihi ::3

fAdZ JunIOr said...

haha. comel jek la dayah ni :D

Syamimi Razali said...

nice entry..

tiba tiba rasa sebak teringatkan betapa besarnya nikmat yg diberikan olehNya berbanding amalan harian...

sama sama pertingkatkan diri memperoleh redhaNya. InsyaAllah

fAdZ JunIOr said...

betul! sgt besar nikmat Dia. cuba bayangkan kalau salah satu dari berjuta urat saraf dlm badan kita xberfungsi, sudah semestinya kehidupan seharian kita akan berubah walaupon sedikit. :)

in shaa Allah. berdoalah kerana Allah itu Maha Mendengar :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)