Followers

Friday, May 18, 2012

Cerita Kolej 16 : La Tahzan Aiza :)

السلام عايكم ورحمة الله

saat tinta ditulis, hati terasa sayu. perasaan bercampur baur. seminggu tanpa membaca surat cinta dari Allah membuatkan aku berasa begitu tidak tenang. air mata menjadi peneman setia setiap malam sebelum tidur. ya Allah, ampunkan aku kerana telah membiarkan air mata aku mengalir bukan kerana-Mu , ya Allah. Hinanya hamba-Mu ini kerana masih tidak dapat mengawal perasaan yang keji ini ya Allah. sesungguhnya aku tidak mampu menahan diriku daripada melakukan zina hati. ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah. :'(

setiap saat, bibir terus menyebut, La Tahzan, tetapi langsung tidak terkesan di hati kerana tebalnye kotoran hitam yang telah menyelaputi hatiku ini. banyaknya dosa yang telah aku lakukan menyebabkan aku tidak lagi memperoleh ketenangan yang sering dicari oleh setiap insan. 

cinta kepada manusia telah melalaikan, membuat aku terus alpa dari menunaikan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini. ya Allah, hinanya hamba-Mu ini. aku terlalu mengejar cinta manusia sehingga aku sendiri lupa untuk meraih cinta yang hakiki dari-Mu ya Allah. ampunkan aku ya Allah. aku leka. aku alpa. aku hanyut dalam melayan perasaanku sendiri. adakah aku masih diberi peluang untuk mendekatkan diriku kepada-Mu ? 

ya Allah, ini usahaku. aku mohon Kau menjadi petunjuk dalam setiap apa yang akan aku lakukan selepas ini. sesungguhnya aku tidak mampu melakukan ini semua tanpa bantuan dan pertolongan dari-Mu ya Allah. besarnya dosaku kerana aku tahu hukum haram itu, tetapi hamba-Mu yang hina ini masih terus leka melayan perasaan itu. aku bersedih bukan kerana aku rasa bersalah, tetapi aku bersedih kerana CINTA yang tidak sepatutnya aku fikirkan lagi. betapa besarnya dosaku ya Allah. :'(

ya Allah, Kau bantulah aku untuk melupakan semua ini. Kau peliharalah hubungan kami hanya sebagai teman baik, jika itu adalah yang terbaik utk kami. jika benar kami ditakdirkan bersama, Kau peliharalah hubungan kami sehingga tiba waktunya. tapi, jika hubungan kami hanya sekadar sahabat, Kau peliharalah dia sebagai seorang sahabat yang sangat baik. budi baik yang telah die lakukan, tidak dapat aku balas. hanya Kau yang mampu membalasnya. 


video yang sangat membuka hati dan perasaan untuk tidak terus bersedih. untuk ape kite terus bersedih sedangkan kita sedar bahawa perkara itu tidak mendatangkan ape2 manfaat kepada kita. Allah sentiasa bersama hamba2-Nya. Dia sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan2 hati kita. untuk ape kita perlu bersedih lagi apabila kita sudah tahu, semua yang terjadi adalah dengan kehendak-Nya. 

YOU DON'T KNOW EVERYTHING BUT ALLAH KNOWS EVERY SINGLE THING :'))

wallahua'lam :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)