Followers

Wednesday, December 21, 2011

Cerita Kolej 4 : Disebalik Kemarahan dan Menahan Marah ^^

السلام عليكم ورحمة الله

alhamdulillah,,sempat lagi kite bertemu di alam maya utk post kali ini. Mungkin jugak ni post terakhir aiza sebelum balik kolej. InsyaAllah,, kalau sempat utk update lagi,, aiza akan cube. Post kali ni,, aiza xnak cerita ape2,, cume nak bagi satu artikel yg mungkin akan membantu kite saat kite perlukan. Post kali ni tak bertujuan utk mengenakan sesiapa jauh sekali utk memerli , tp post ni hanyalah utk peringatan kepada diri sendiri dan juga semua mata yg membaca post ini. Kalau dulu,, time nak bagi tazkirah, ayat ni mesti keluar. "mulut yg bercakap lebih dkt dengan telinga yg mendengar" . tp,, nk gune ayat ni sekarang,, kurang sesuai sbb aiza bukannye sdg bercakap tp menulis. =) so,, bacalah post ni dgn tenang tanpa ade sebarang perasaan takut selain drpd takut kpd Yang Maha Esa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. ‘Untuk apakah paku2 ni ayah ?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku pada tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walaupun sekali. 

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya ia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangganya. 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘kamu telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan lubang2 di tembok batu tersebut. TEMBOK ITU TIDAK AKAN KEMBALI SEPERTI SEBELUMNYA. BILA KAMU MELAKUKAN SESUATU ATAU MENYATAKAN SESUATU KETIKA MARAH, IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN PARUT DAN LUKA, SAMA SEPERTI INI. KAMU BOLEH MENIKAM SESEORANG DENGAN PISAU DAN MEMBUNUHNYA. 

Tetapi ingatlah beberapa kali kamu memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Sahabat yang sejati akan membawa kamu ke arah kegembiraan dan kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.’ 

Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita… 

Aiza percaya,, mesti dah ramai dgr n baca pasal ni. tp, mungkin dlm bentuk or cerita yg lain. Tp, yg tu bukan persoalannya. mesej yg ada dlm kisah ni yg kita nak amik. Yup! aiza akui,, mmg susah utk memaafkan org. Cakap "im sorry",, "maafkan saya.saya janji xbuat dah" mmg sng. tp, org yg nak memaafkannye tu,, mesti susah. 

Aiza pernah alami satu situasi ni. aiza pernah mengusik sorg mmber kt skolah n lepas tu die marah sgt2. Bile aiza mintak maaf, die tetap xnak maafkan aiza. so, bile aiza ckp "Nabi pon maafkan umat die. sedangkan kite yg xde ape2 ni,, xkan xbole nk maafkan mmber langsung?" then,, die ckp cmni "memangla. tu Nabi. ak ni bukan Nabi." terpaku jugak la aiza time tu. tp, xdpt nak ckp ape2 sbb die mmg marah sgt2 time tu. Api ni,, kite jgn simbah ngan minyak. nanti lagi marak la kan. 

Bile pikir semula,, mmg la kite ni bukan Nabi. tapi,, sbg umat Nabi, kite mestilah nak ikut cara hidup baginda. cakap bukan main lagi,, nak jadi hamba yg taat pd perintahNya,, tp ajaran Nabi pon xbole nak ikot. Sedangkan Allah pon Maha Pengampun. Sape la kite yg kerdil ni nak jd lebih besar dr Allah. smpai xboley nak maafkan org lain. nauzubillah.

"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?" Jawab Rasulullah, "Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga". (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)

wallahua'lam...

2 comments:

Mohamed Hanif said...

suka ni :)

fAdZ JunIOr said...

thanks sbb suke =)

jgn lupe amalkan...peringatan utk diri sndiri juga =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)