Followers

Sunday, October 6, 2013

Confused

saya confused dengan hati awak..
saya confused dengan perasaan awak..
saya confused awak tengah tunggu saya atau tak..
saya confused sapa yg patut tunggu sapa..
saya confused nk buat pilihan..
tolong jelaskan ke'confused'an yg saya ada sekarang boleh?
kalau awak nak,kalau awak masih tunggu saya,
tolong bagitau yg sejujurnya..
supaya saya dah tak confused..
supaya saya dah tak letakkan apa2 harapan..
dan SUPAYA SAYA DAPAT HIDUP DENGAN LEBIH TENANG DAN BUAT PILIHAN YANG BETUL DALAM HIDUP SAYA..
terima kasih~

sincerely,
me     

Monday, March 18, 2013

Cerita Hati..

Tgok semule semua gmbr lame,trnmpk dia..senyum sorang2..tp bkn senyum bahagia,senyum tanda gelakkan diri sendiri..macam mane lah aku boleh suke kt die..bile renung2,rase mcm tak mungkin je ak pernah suke die..nak ckp hensem,xde laa hensem sgt..boleh laa tahan..so so jek laa..lawak betul..

Betul laa kot org kate cinta ni buta..nk ckp dia buat baik kt aku,tolong ak ke,xde laa pulak..usahkan tolong,ckp ngan dia pon tak pernah..usha dari jauh je..kahkahkah..cuba jugak pikir balik tang mana yg buat ak suke sgt kt die..tak jumpe jugak..gila betul..haha..

Tapi sekarang,hati aku kosong..takde rasa cinta pd sesiapa melainkan Allah dan Rasulullah..xde perasaan nk bercinta ngan org lain..xde nafsu nk ber'couple' dgn sesiapa pon..Alhamdulillah..semoga aku tak tergolong dlm drama 'cinta monyet' yg hanya akan mengundang padah..betul..rasa lagi tenang bila xde cinta sesama manusia..nak tau rase tenang tu mcm mane,sila lah try! Confirm puas hati! :D

Semoga Allah pelihara hati ni daripada syaitan2 durjana..semoga Allah pelihara hati ni daripada cinta 'haram'..semoga Allah membuka hati ini utk bercinta bila tiba masa yg tepat dan semoga cinta itu cinta pertama dan terakhir ku bersama bakal suamiku nanti :) Ameen~

Wednesday, January 30, 2013

Peritnya kehilangan..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus menaip di ruangan blog ini.. dah lama rasenye meninggalkan blog ni.. banyak yg ingin diceritakan namun kekangan masa menghalangku dari berbuat sedemikian..

Buat pengetahuan pembaca blog sekalian, atukku, Mohamad Yunus Bin Kassim telah pulang ke rahmatullah pada 27 Januari 2013, ahad lepas pada jam 1.37 petang.. kehilangan arwah amatlah dirasai oleh kami sekeluarga.. Al-Fatihah buat arwah..

Coretan ku kali ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang arwah sepanjang 3 bulan arwah terlantar sakit hinggalah saat kematiannya..

7 November 2012
Aku menduduki peperiksaan akhir South Australian Matriculation bagi subjek accounting..Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan dan aku dapat menjawab dengan baik..buat kali pertamanya aku dapat keluar dari bilik peperiksaan dengan wajah yang penuh senyuman..Namun,senyuman itu tidak lama..Tergerak di hati untuk 'membuka' akaun Facebook ku..satu 'notification' menarik perhatianku..dalam group family ku, satu post dari kakak saudaraku 'Aki sakit,masuk ICU' ..aku berasa tidak tenang dengan hanya membaca komen2 di Facebook lalu menelefon ibuku..Namun ibu juga tidak mengetahui keadaan aki (panggilan utk atuk) secara detail kerana ibu juga masih dlm perjalanan menuju ke hospital..aku hanya memesan kepada ibu utk terus memberitahuku berita semasa..

11 November 2012
Kami sekeluarga bercadang utk pergi melawat aki di hospital pada pagi itu..Namun,bapa saudaraku menelefon ibuku memberitahu bahawa aki sudah pulang ke rumah..jadi,kami terus pulang ke kampung..Melihat aki yg dah tak bermaya utk bangun,tersntuh hatiku..lebih sebulan aku tidak berjumpa dengan aki sebelum aki jatuh sakit..sangat berbeza keadaannya sewaktu sihat dan sakit..


13 November 2012 (tarikh tak berapa pasti)
Aki dimasukkan semula ke hospital..aki menghadapi kesukaran untuk bernafas..aki dimasukkan ke wad kenanga 12, Hospital Temerloh..10 hari aki ditahan di wad dan alhamdulillah,aki dibenarkan keluar..aki menunjukkan perubahan positif selepas beberapa hari di hospital..

Namun,lama kelamaan aki menjadi semakin lemah..beberapa rawatan alternatif telah kami cuba..ada yang mengatakan aki terkena gangguan makhluk halus ketika aki berada di kebun..
Hari berganti hari..bulan berganti bulan..tok (nenek) setia menjaga aki di kampung..aku mengikut mak saudaraku ke kajang kerana ingin membantunya bekerja di kantin sekolah..

21 Januari 2013
Mak cik ku mendapat panggilan dr kampung yg mengatakan bahawa aki nazak..kami bersiap siap utk pulang ke kampung..sampai di kampung,tok bagitau yang aki dah stabil sikit..2 jam aki dalam keadaan nazak..kami membuat keputusan utk menghantarnya ke hospital bagi rawatan lanjut..aku terkejut melihat keadaan aki ketika itu..badannya sangat kurus..sangat berbeza dengan aki yg masih sihat dulu..
Setelah ambulans smpai,aki dihantar ke Klinik Kesihatan Maran utk mendapatkan pengesahan doktor sebelum membawanya ke hospital..Dalam perjalanan ke hospital,sekali lagi aki mengalami situasi yg sama seperti pagi itu..badannya menggigil dgn kuat..mata hitamnya ke atas..hanya mata putihnya saja yg nmpk..dlm perjalanan ke hospital,aki pengsan..
Di hospital,doktor mengesahkan bahawa aki berada dlm keadaan kritikal..alat bantuan pernafasan digunakan utk membekalkan oksigen kpd aki..melihat keadaan aki yg penuh dgn wayar berselirat di badannya,aku hampir menitiskan air mata..betapa seksanya aki saat itu hanya Allah saja yg tahu..

22 Januari 2013
Aki dimasukkan di wad Kenanga 11 Hospital Temerloh..alat bantuan pernafasan,antibiotik,air dan ubat pelali diperlukan oleh aki utk terus bertahan..jangkitan kuman di paru-paru telah merebak ke seluruh badan kerana kuman tersebut telah menyerang darah aki..menurut kata doktor,current condition aki kritikal disebabkan 3 perkara.. 1) Jangkitan kuman di paru2 semakin teruk. 2) Buah pinggang aki hanya 1/4 saja yg berfungsi. 3) Dehydration sbb aki tak mampu utk makan dan minum ape2.

23 Januari 2013
Kami bergilir gilir menjaga aki di hospital..Petang tu,aki dah mula mencelikkan matanya..kami gembira..walaupun aki tidak memberi respon kepada kami,tp aki sudah nampak semakin baik..bacaan tekanan darahnya juga stabil..

24 Januari 2012
Doktor ckp aki kene tukar darah@dylasis sebab darah aki banyak asid..tp chances die 50-50 sbb faktor umur..lepas berbincang,semua setuju utk buat jugak dylasis tu..kita merancang tapi Allah yg menentukan..selagi boleh kita ikhtiarkan,kita buat..selebihnya,serahkan pada Yang Maha Esa..tapi tiba2 ptg tu doktor ckp,tak jadi buat sbb lepas amik darah td,doktor ckp darah aki oke..tak perlukan proses cuci darah tu..alhamdulillah..kat situ jugak tok sujud syukur bila dgr doktor ckp mcm tu :')

25 Januari 2013
Lepas solat Jumaat,kami bertolak dr rumah ke hospital..rse mcm dah jd rumah kedua kami dah..tibe2 ibu ckp doktor pakar marah sbb kami tak buat proses cuci darah tu..utk pengetahuan,doktor ngan doktor pakar adalah org yg berlainan..pakcik jelaskan kt doktor pakar yg doktor semalam ckp yg proses cuci darah tak diperlukan..bila kami tanya semula doktor tu,die cakap yg kami tak setuju utk buat proses tu..kami agak kesal dgn doktor tu sbb pada mulanya dia yg ckp proses dylasis tu tak perlu dibuat..ptg tu jugak staf nurse membuat persediaan utk proses dylasis tu..namun,selepas di'check' oleh seorang doktor muslimah,doktor itu menyatakan hal yg sebenarnya..beliau menasihatkan kami supaya tidak meneruskan proses dylasis kerana aki dlm keadaan nazak..in fact,proses itu hanya akan menyakitkan dan menyeksa aki..beliau menasihatkan kami untuk hanya memperbanyakkan bacaan yassin kerana aki sudah nazak..

26 Januari 2013
Aki takde perubahan..bacaan nadinya masih 83-85..satu per satu ubat yg dimasukkan ke dlm badannya dihentikan..hanya tinggal alat bantuan pernafasan dan ubat yg digunakan utk kuatkan jantung..doktor ckp,jantung aki boleh berhenti bila2 masa je..sama ada harini atau esok..ikutkan pengalamanku yg lepas,arwah embah ambil masa 7jam sebelum bacaan nadinya dr 75 hingga ianya berhenti..bacaan yassin dr ahli keluarga tak putus2..malam tu,ramai yg menunggu aki di hospital..

27 Januari 2013
Pagi tu,ak bertanyakan kpd ibu keadaan aki..ibu ckp bacaan nadi aki naik smule 94..alhamdulillah..tp aku tau,bila2 masa je boleh berubah bacaan nadi tu..waktu melawat pukul 12,aku naik ke wad aki..bacaan nadi turun 85..ibu ckp,ubat yg kuatkan jantung aki tu yg buat aki bertahan smpai sekarang..dan doktor ckp diorang akan stop kan ubat tu..kalau tak,aki akan terseksa lagi lama..kami redha..sepanjang waktu melawat,aku berdiri disisi aki..mengajarnya mengucap kalimah Allah..dalam masa yg sama,susu yg diberikan oleh doktor sebentar td mula mengalir keluar dr mulutnya perlahan lahan..badan aki sudah tak mampu utk menerima apa2..semakin lama semakin byk susu yg keluar bersama sama air lliur..ak mengambil tisu dan mengelap bibir aki perlahan lahan kerana takut aki sakit..tepat jam 1.20 ptg,tok meminta ak utk menemaninya ke tandas..smbil berjalan ke tandas,aku menoleh ke arah mesin bacaan nadi dan nadi aki masih menunjukkan bacaan yg sama..84-85..
Slepas tok keluar dr tandas,tok membisikkan ke telingaku dan menyuruhku pergi bersalaman dgn aki dan memohon maaf drnye sekaligus memaafkan dia..mungkin tok juga sudah merasakan yg aki dah tak lama..aku menghampiri aki utk memohon maaf kepadanya..namun niatku terbantut kerana susu yg sebelum ni keluar perlahan lahan,menjadi semakin byk..aku mencapai tisu dan cuba utk mengelapnya..aku menoleh kearah mesin bacaan nadi sekali lagi..43!!!terkejut sgt waktu tu..ak mmbisikkan hal itu kpd ibuku..tiba2 telefonku berbunyi..call dr abah..aku meminta abah naik ke wad aki dan memberitahu perkara tadi..kemudian aku menelefon kakak saudaraku yg sedang menunggu di bwah dan menyuruhnya mmberitahu hal td kpd semua ahli keluarga kami yg lain..kemudian ak cuba utk menghampiri aki namun gagal kerana pakcik dan makcik ku sudah ramai yg smpai..aku mmberi keutamaan kpd mereka..aku berlalu ke hujung katil..sekali lagi aku menoleh kearah mesin bacaan nadi..0!!aku terkedu!benarkah aki sudah tiada???!!aku menoleh ke arah aki..bibirnya berubah pucat..namun masih kedengaran bunyi pernafasan..aku mmyedapkan hatiku dgn berkata aki masih ada walaupun pd hakikatnya aku sedar bahawa itu hanyalah bunyi dr alat bantuan pernafasan..air mata mengalir laju..aku keluar dan menuju ke surau..dlm prjalanan ke surau,ak trserempak dgn abah..abah tnye 'aki dah tinggal ke??' Aku hanya mampu menggeleng..kamienuju semula ke katil aki..abah menyuruh aku utk brhenti menangis..'jangan seksa org yg dah nak pergi'..bila kami smpai di katil aki,org dah ramai..aku terus mengambil yassin..mula membacanya..aku nmpk along tutup muka..staf nurse dan doktor dtg utk mengesahkan kematian aki..tok tenang dan redha..nurse menutup tirai utk melakukan prosedur menanggalkan alat bantuan pernafasan dan yg selebihnya..tok menangis..aku memujuknya..'cukuplah 3 bulan aki terseksa..'

Aku berada disisi aki di saat2 kematiannya..aki pergi dgn tenang..ada air mata meleleh beberapa minit sebelum aki pergi..aku percaya itulah tandanya aki pergi dgn tenang sebagai org yg beriman..semua proses memandikan dan mengapankan jenazah aki dilakukan di hospital..jenazah aki selamat dikebumikan pada jam 7.00 malam..alhamdulillah,segalanya berjalan dgn lancar..semoga roh aki dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..Al-Fatihah buat arwah aki..

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..hanya amalan kita di dunia menjadi penentu siapa kita di akhirat sana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)