Followers

Friday, May 18, 2012

Cerita Kolej 18 : COUPLE ??

السلام عليكم ورحمة الله


xde nak share ape2 sgt pon utk post kali ni. juz tibe tibe tertarik dgn satu status kat fb ni. so, nk share la kat sini :D

"Sedang couple, perlukah putus?"
----
Lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya.

Junior: Bro, saya nak tanya sesuatu boleh?
...
Senior: Ya, silakan.

Junior: Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?

Senior: InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.

Junior: Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami?

Senior: Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah. Manusia. Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang goyah juga hati dan iman. Saya pun samalah.

Junior: Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa. Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple. Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga. Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.

Senior: Satu, lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua, jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya.

Junior: Em..kenapa pula kena putus?

Senior: Pada hemat saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-

1. Pasangan masih student, baru-baru nak masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk bekerja dan masih kabur cara nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri lagi. Tapi ini cuma berlaku pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah matang, masalah kerja ini pasti dapat diatasi.

2. Lelaki atau wanita terlibat masalah sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram, dadah, pil dan sebagainya yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak boleh berubah, tapi perlu masa panjang.

3. Ketenangan yang tidak pernah muncul. Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang paling dalam tiada ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya, prasangka berpanjangan dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah.

4. Pasangan tidak ada keinginan untuk bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada teman lepaskan kebosanan dan kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang tak mahu kahwin?

5. Pasangan tidak sudi berubah walaupun diajak untuk berubah.

Junior: Em..

Senior: Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior )

Junior terkesima mendengar bisikan tersebut.
----

Seminggu kemudian, junior dan pasangannya itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba sederhana. Sesuai bajet mereka sebagai student. Senior datang ke walimah. Junior cepat-cepat bersalam dengan senior dan memeluknya sambil menitiskan air mata.

Junior: Terima kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-

"Jika benar sayang Allah, buktikan dengan segera menikahinya. Tak cukup duit tidak mengapa. Allah kan dah beri janjiNya (janji rezeki dari berkatnya pernikahan). Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan. Redha Allah, redha Allah, redha Allah. Dengan mengharap redha Allah, segeralah jumpa walinya. Jika perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan."

Junior: Isteri saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju. Alhamdulillah.

Senior: Alhamdulillah :)

Junior: Jemput makan-makan bro :)

Senior: Saya datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri kamu. :)

Junior dan isteri tergamam lalu tersenyum.

Yup, jika kita nak jadi baik dan nak benda baik, insyaAllah Allah mudahkan jalan ke arah itu.

wallahua'lam :)

Cerita Kolej 17 : :)

Cerita Kolej 16 : La Tahzan Aiza :)

السلام عايكم ورحمة الله

saat tinta ditulis, hati terasa sayu. perasaan bercampur baur. seminggu tanpa membaca surat cinta dari Allah membuatkan aku berasa begitu tidak tenang. air mata menjadi peneman setia setiap malam sebelum tidur. ya Allah, ampunkan aku kerana telah membiarkan air mata aku mengalir bukan kerana-Mu , ya Allah. Hinanya hamba-Mu ini kerana masih tidak dapat mengawal perasaan yang keji ini ya Allah. sesungguhnya aku tidak mampu menahan diriku daripada melakukan zina hati. ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah. :'(

setiap saat, bibir terus menyebut, La Tahzan, tetapi langsung tidak terkesan di hati kerana tebalnye kotoran hitam yang telah menyelaputi hatiku ini. banyaknya dosa yang telah aku lakukan menyebabkan aku tidak lagi memperoleh ketenangan yang sering dicari oleh setiap insan. 

cinta kepada manusia telah melalaikan, membuat aku terus alpa dari menunaikan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini. ya Allah, hinanya hamba-Mu ini. aku terlalu mengejar cinta manusia sehingga aku sendiri lupa untuk meraih cinta yang hakiki dari-Mu ya Allah. ampunkan aku ya Allah. aku leka. aku alpa. aku hanyut dalam melayan perasaanku sendiri. adakah aku masih diberi peluang untuk mendekatkan diriku kepada-Mu ? 

ya Allah, ini usahaku. aku mohon Kau menjadi petunjuk dalam setiap apa yang akan aku lakukan selepas ini. sesungguhnya aku tidak mampu melakukan ini semua tanpa bantuan dan pertolongan dari-Mu ya Allah. besarnya dosaku kerana aku tahu hukum haram itu, tetapi hamba-Mu yang hina ini masih terus leka melayan perasaan itu. aku bersedih bukan kerana aku rasa bersalah, tetapi aku bersedih kerana CINTA yang tidak sepatutnya aku fikirkan lagi. betapa besarnya dosaku ya Allah. :'(

ya Allah, Kau bantulah aku untuk melupakan semua ini. Kau peliharalah hubungan kami hanya sebagai teman baik, jika itu adalah yang terbaik utk kami. jika benar kami ditakdirkan bersama, Kau peliharalah hubungan kami sehingga tiba waktunya. tapi, jika hubungan kami hanya sekadar sahabat, Kau peliharalah dia sebagai seorang sahabat yang sangat baik. budi baik yang telah die lakukan, tidak dapat aku balas. hanya Kau yang mampu membalasnya. 


video yang sangat membuka hati dan perasaan untuk tidak terus bersedih. untuk ape kite terus bersedih sedangkan kita sedar bahawa perkara itu tidak mendatangkan ape2 manfaat kepada kita. Allah sentiasa bersama hamba2-Nya. Dia sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan2 hati kita. untuk ape kita perlu bersedih lagi apabila kita sudah tahu, semua yang terjadi adalah dengan kehendak-Nya. 

YOU DON'T KNOW EVERYTHING BUT ALLAH KNOWS EVERY SINGLE THING :'))

wallahua'lam :)

Sunday, March 25, 2012

Cerita Kolej 15 : We are FAMILY !!! :')

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran padaMU kerana telah mengurniakan ak ramai sahabat2 yg sgt AWESOMMEEEE !!!! =')

Jumaat, 16 March 2012 (bersamaan ngan birthday Adi) , kami kami, ( aiza,acap,adi,dayah,tonah,ras,mara,mia,farhana,mira,azira,rafid,aiman,shuhaira,aliaa,dahan,suhaida,fuzah,wahab,hani,hanan dan ramai lagi *sori xingat* ) bersama2 berguling tenaga (eh,berganding tenaga) membuat preparation untuk flash mob for Palestine yg telah berlangsung pada Ahad, 18 March 2012 lepas.

errrr errrr,,cmne ye nk cerite nih ??? hurm hurm hurm ~

okay, ptg jumaat tu,, alkisahnye,,ak ni yg tak bersalah,, dpt la satu amanah dr project manager donation drive for Palestine ni. suruh ak sambung buat replika church utk flash mob tu. dgn merendah dirinye (ecececece) ak pon bersetuju la utk membantu memandangkan arkitek2 sebelum ni akan pulang ke kampung halaman. so,jadilah ak arkitek yg terketek ketek xtahu ape2 ni. mmg lah best kan duk angkut brg berat2 dr tingkat 19 turun tingkat 8 tu. (naik lif pon nk bising jgak -__-) lepas tu,masuk je rumah,terus blurr. al maklom lah. arkitek terketek ketek ni mne lah tahu ape2 nk buat. lepas tu nmpk si budak dahan ni online. bertanyalah kpd beliau " adi ade kt rumah? i need to show something to him." (ececececeh,padahal tnye b.m jek) yg si dahan ni dgn innocent nye ckp lah si adi ni pergi main futsal. =___= *dah agak dah* lepas tu,, dah xtau nk buat ape sgt, pergi lah post kt HFC pnye wall,, sape2 yg rajin tu dtg lah hulurkan tgn ringankan beban kt umah ni. (ayat lain tp mksod same)

tak lupe, post jugak kt TWITTER.. hekhek.. lepas tu si ras atiqah ni pon balas la. katenye nk dtg lepas asar. Alhamdulillah,, ade jugak sorg tentera yg baik hati nk dtg. :D yg post dkat HFC tu pon dpt sambutan jgak. suhaida pon nk dtg lepas asar jugak :) . tunggu punye la tunggu smpai asar,, mate ni da nk terpejam dah. mmg dpn laptop dah tersengguk sengguk dah ni. malam semalam tido 2 jam je,mne tak ngantok hoi ! xpe xpe. kuatkan tekad naikkan semangat. *over* so, lepas asar tu, dtg lah si suhaida ni dgn alat2 perkakasnye. duk tgah blurr ngan si sue ni, tetibe si adi ni msj. "nak ape?" katenye. ak pon yg sgt lah tak suke msj kalau pasal kerja ni, terus lah kol beliau. kredit mmg dah sipi sipi je nk cecah 0.00 . tawakal jek la.ntah sempat ckp ke tak, xtahu lah. " adi,ak nk tnjuk kat kau something ni. kau nk naik ke nak bukak skype je? " yg si adi ni,, mungkin die perasan ak nk prank die lagi kot,, serba salah nk jwb. menyedari akan hal itu (walaweyyhh ayatt) ak pon terus la ckp "eh, tak tak. bkn nak prank kau la. ni betol2. ak nk tnjuk kt kau pasal flash mob =___= " ( haaaa! susah org perasan ni =P ) lepas tu si adi ni pon gelak lah dgn gelak die yg ttuuuuttttt tuu.. hehehehe . "yelah yelah. ak naik" (lebeh kurang lah tu)

sesampainye beliau di dpn pintu,, msj smpai "ak kene masuk ke nih? " (dah dpn pintu pon nk msj lgy -___-) ak pon balas jgak lerr " hurm,,lebeh kurang laa.hahaha " lepas tu, dgn muke innocent die tu, masuk la seorang hamba Allah (lelaki) ke dlm rumah seorang lagi hamba Allah (perempuan). *first time doe ak bwak msuk lelaki dlm umah* -___- nasib baik ade si suhaida ni. lepas tu ak pon membiarkan pintu rumah ak terbukak sebesar alam. lepas beberapa minit meneliti,, si adi ni pon start la komen/kritikan beliau yg agak membina tu. "body ni nk kene lekat biar kukuh ckit...blablablabla~" last last, die yg duduk buat replika tu. yg aku dgn su ni, buat lah ape yg patot kt ctu. smpai la pukul 7 malam. si adi ni,org suruh pergi solat asar dulu, die xnak. solat la die asar gajah ptg tu. eh,jap. ape jd ngan si ras ni td ek? kate nk dtg lepas asar. haaaaa! alkisahnye, dlm pukul 6 ptg tu, die msj aku. "eh, aiza.sorry la. ras tertido td. mlm ni ras dtg " ohhhh! tertido rpenye .. hehehe. xpe xpe ras. :D

malam tu, lepas maghrib, "ting tong" loceng berbunyi. bile bukak je pintu, muncullah si ras ni dgn si tonah. tak lame lepas tu, smpai pulak si azira.. then,, makin lama, makin ramai.. *meriah woooo rumah ak* ^_~
"tett tett tett tett" *bunyi msj masuk* "nak ak dtg tolong ke?" ohhhh ! si boss ni pulak anta msj, nk hulurkan tgn ringankan beban jugak lah kononnye. lepas berbalas msj beberapa ketika,, (malas nk tulis msj ape) dtg lah si acap ni dgn si dahan. oleh sebab mereka je jejaka yg tinggal time tu.. so, kitorg pon go on jek la dgn kerja masing2. wanita wanita ayu semua kt dlm rumah, duk buat poster. ade la beberapa yg tak berapa nk ayu ni duk kat luar buat replika tu *aku la tu* -____- masa berlalu seperti angin bayu. ohhh ! lupe nk bgtau. yg si adi n the gang ni xdtg2 pon lagi sbb diorg pergi smbut birthday boy *katenye laa* ni kt luar. tension jugak la ak menunggu mereka ni. smpai berkali2 telepong. last2, si aliaa ni pulak yg ckp dgn si adi ni. *dah xde kudrat nk ckp*

dlm pukul 11 lebeyh jugak la baru putera2 yg tak berapa nk diidamkan ni *oppppsssss* dtg.. terus kene kerah masuk rumah, buat poster ! hahahaha. yg ni ak suke. mmg tak menang tgn ak malam tu jd tuan rumah. yg kt dlm mintak itu ini. kerja kt luar dgn si acap ni pon duk mintak macam2 jugak D: tp seriuuussssss !!! ak rse malam tu awweeesssoooommmeeeeeeee gleerrrrr !!!!! =')

*ok,sambung cerite* lepas tu lepas tu, dlm pkul 1 lebeyh kot,, *xtgok jam la plak* sorg2 beransur meninggalkan rumah. nk tido katenye. esok nk kene pergi rehearsal pulak. tinggal la beberapa ketul lagi. *tik tok tik tok* mase berjalan. kami yg tinggal dlm 7-8 org ni teruskan la kerja mcm biase. tetibe, ade la yg ckp "ngantok la" hurm~ xingat la pulak spe yg ckp. lepas tu ak pon bwak la keluar semua bntal, selimut, comforter yg ak ade (mcm byk sgt je -__-). hamparkan lah kt luar tu. yg si adi ni tanpa menunggu lebih lama lagi, terus lah melakukan landingnye di atas comforter tersebut. smbil nk tggu replika tu kering sbb dah dibasahi dgn tepung ubi, kami pon mkan lah lewat malam *mkn awal pagi sbenarnye* . pukul 3 pagi. tggu punye tggu, si adi ni dah selamat melelapkan diri atas sofa. yg lain pon meneruskan lah kerja. lepas tu, si wahab pulak selamat melelapkan mata. yg si dahan ni, aktif terlebih. walau bagaimanapun, die telah dipaksa tidur oleh kami.. muehehehehe! tinggalah si acap dgn ak yg tak tidur2 lagi. kepala dah mcm nk meletup tp semangat nk siapkan replika tu lagi kuat !! hiyaaaarrggghhh !!! mabuk tu, mmg xyah ckp la kan. ak ngan acap mmg tak habes2 melalut dah time tu.

tp, yg si acap ngan tonah ni, tak habes2 pakse ak tido. so,trpakse lah tido jugak. dpt la 5 minit lelap. then,trbangon semule sbb dgr suara acap -___- lepas tu, duk la smbung buat ape yg xsiap lagi.time tu dah dkat nk subuh dah. tetibe, si adi ni terjage. "apsal la kau tak tido ni aiza??" dgn nada yg sgt mamai. ak ni duk ingatlah die ni nk bgon, take over keje yg xsiap lagi.. bile pusing belakang semule, tgok tgok , dah kembali rebah atas sofa =___= haihhhh~

tak lame lepas tu, subuh menjelma. duk kejut la mereka2 yg tido ni bangon subuh. copp!! tetibe ak baru sedar time tuh . OMG !!!!! ak biarkan bebudak kaum Adam ni tido dlm umah aku ???? =___= okay ! ak rse mcm dah family sgt dah ni. pintu rumah mmg 24 jam lah terbukak. siap si pak guard ni amik no rumah aku. *matilah ak lepas ni* =='

lepas tu, pagi tu, tibe2 ak rase bertanggung jawab nk sediakan sarapan utk mereka. ak pon dgn humble nye, goreng jek lah ape aset ak yg tinggal dlm peti tu. sib baik lah ade jugak. kalau tak, mkn cat jek la diorang ni. :D pagi tu, mereka pon dtg la dgn muke suci dah mandi, nk sarapan. yg ak ni, tak mandi lagi nih. segan lah pulak tetamu dtg tp tuan rumah xmandi.heeuuuwwwww heeuuuwwww~ senyap2 la ak bgon pergi menuju ke bilik air. lepas mandi, kemas2 ckit rumah, kami pon bersiap sedia menuju ke dataran DBKL pagi tu utk rehearsal.

mmg malam tu pengalaman yg sgt sgt sgt sgt sgt awweeessoommmeee laaahhhh !!!! *xabes2 dgn awesome* =__=

saat bermain dgn gam tepung ubi :D

bersusah payah buat poster :)

duk main tisu :D

mereka sgt awesome !!

manager dtg lambat :P
no caption :P

p/s : sebenarnye ade lagi satu mlm, tp omwork xsiap lagi nih!! kene siapkan omwork dulu D: in shaa Allah, kalau rajin nnty, post utk malam kedua yg awesome akan menyusul :D

Cerita Kolej 14 : I need SPIRIT !!!!


"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok." 


"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia." 

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika 
kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan 
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, 
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan 
terpuji." ~ La Roche

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang 
dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan 
pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang 
akan menemui jalan sebenar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. 

perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. 

keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan 

kebahagiaan." 

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk 
menghadapi esok yang pastikan mendatang."

Monday, March 12, 2012

Cerita Kolej 13 : Pills n more ..

Pills ...
medicine ...
increase more n more ...
im sick with all this ...
not the medicine help me to get better ..
but, the medicine make me feel worst ..

Saturday, March 10, 2012

Cerita Kolej 12 : Me now .

Dear friends, 

too many problems now
my life getting dim
no more laugh
only tears with me all night
smile juz for them
for them to think im happy
to hide all my sadness
not making them worry about me
eventhough sometimes i failed
but i'll still make sure 
they stop from asking me questions 
fake smile all these days
im sorry guys
i need to do that
n i have to do that
please understand my situation
thanks for always be with me
i'm not the old aiza anymore
i've changed
im not like this blog anymore
that full of colours
and happiness
i'm juz like a piece of paper
a blank white paper

Dear Allah, 

but the only thing i know
i know
Allah is always beside me
Allah is always waiting for me to ask for His forgiveness
oh Allah
im sorry for not being a good muslimah
im sorry for not being a good servant
im sorry for not doing my responsibilities towards Allah
if my time has come , please let me go peacefully
im so embarrassed to ask this from You
coz i know
im not eligible for this
i've done too many mistakes
but still do not repent
still doing the same mistakes
still do not ask for Your forgiveness

oh Allah
please bless me in whatever i do after this
i need You in all the things that i'll face after this
i cannot go through all this by myself , alone
i really2 need Your help
only You can help me


Sincerely,
Your servant




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mari Dengar =)